my buddies ! :)

Friday, August 13, 2010

kerja kursus prinsip perakaunan spm 2011

ahha!!! sume bnde2 kt bwh nie adalah tugasan aku or sume plajar sluruh mlysia yg amik prinsip perakaunan kne wat..
pergh!!! serabut bhai.. kne jalankn perniagaan n sediakn akaun perniagaan utk sebulan..
kne wat 40 dokumen plak tuh.. hurm, skunk nie pon aku blom start wat dokumen tuh..
bru susun rangka2 dokumen.. hopefully sempat la ciap be4 raye ken.. haha..
so, gudluck n chaiyok utk semua plajar yg amik prinsip perakaunan.. :))

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 3756/3
PRINSIP PERAKAUNAN

TUGASAN PROJEK TINGKATAN 4

Kertas 3
Ogos - September 2010

1. Kertas soalan ini mengandungi satu tugasan.
2. Calon wajib melaksanakan tugasan tersebut secara individu.
3. Calon hendaklah menyempurnakan projek ini dengan merujuk kepada elemen, aspek
dan kriteria yang telah ditetapkan.
4. Projek ini hendaklah dilaksanakan oleh calon SPM (Tingkatan 4) dari bulan Ogos
hingga bulan September.
5. Calon dikehendaki mematuhi Jadual Pelaksanaan Tugasan Projek yang disediakan
untuk memastikan tugasan projek dapat disempurnakan dalam tempoh masa
yang ditetapkan.
6. Calon dinasihatkan membuat perancangan yang teliti dan melaksanakan tugasan
dengan menggunakan perbelanjaan yang berpatutan dan munasabah.


TUGASAN PROJEK TINGKATAN 4

1. Calon dikehendaki menyediakan Satu Set Akaun yang lengkap berdasarkan
dokumen sumber bagi sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjalankan
perniagaan menjual peralatan rumah tangga/pejabat seperti:
1.1 Kedai perabot
1.2 Kedai alatan elektrik
1.3 Kedai komputer
1.3 Kedai pinggan mangkuk

2. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam penyediaan tugasan:
2.1 Jenis perniagaan – milikan tunggal
2.2 Status perniagaan – memulakan perniagaan
2.3 Tempoh urus niaga – 1 bulan tahun semasa

3. U$rus niaga yang terlibat mestilah disokong dengan dokumen yang lengkap berdasarkan
perkara berikut:
Butiran ringkasan urusniaga bilangan urusniaga
Bilangan Urus Niaga 40
Garis panduan urus niaga
i Catatan Permulaan 1
ii Komponen Kos Jualan - belian kredit
- belian tunai
- pulangan belian 9
- angkutan masuk, duti
import, upah belian,
insurans belian

iii Komponen Jualan - jualan kredit
bersih - jualan tunai 7
- pulangan jualan
iv Komponen Pembayaran - pemiutang 10
- belanja

v komponen penerimaan - penghutang 6
- hasil

vi perolehan aset - tunai 2
- kredit

vii catatan kontra 2

viii ambilan - barang niaga
- tunai/bank
- kegunaan sendiri 2
- kegunaan perniagaan
- tujuan promosi/derma
ix pinjaman 1

x stok akhir - ditentukn b'dasarkn baki
drpd buku stok
4. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam urus niaga:
4.1 Peniaga menggunakan duit simpanan peribadi di bank RM50 000 untuk
menjalankan perniagaan.
4.2 Seorang pekerja diambil bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji bulanan
RM800.

5. Tugasan projek hendaklah dibuat menggunakan komputer.

6. Tugasan projek hendaklah dicetak dengan mematuhi perkara berikut:
6.1 Saiz kertas : A4
6.2 Saiz font : 12
6.3 Jenis font : Times New Roman
6.4 Dokumen perniagaan: Saiz font, jenis font dan jarak antara baris adalah mengikut
kesesuaian.

7. Calon diperuntukkan 8 minggu untuk menyiapkan tugasan (Ogos – September).

8. Hasil projek yang lengkap mesti dikemukakan oleh calon secara individu.

9. Setiap calon mesti mempamerkan kemahiran komunikasi sama ada dalam bentuk
pembentangan projek atau interaksi sepanjang pelaksanaan tugasan projek.

TUGASAN TAMAT

No comments:

Post a Comment