my buddies ! :)

Wednesday, February 16, 2011

cinta + jiwang..

cinta tak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata.. cinta bagaikan bintang di langit sana.. terlalu banyak yg bercahaya indah tapi hanya satu yang akan menjadi igauan si pemujanya..

peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa sahaja.. kenapa? kerana cinta itu adalah hak kita.. tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupon oleh orang yang kita cintai.. itu peraturan pertama bercinta !

cinta hanya satu perasaan.. jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia.. tetapi jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan.. cinta tak lebih hanya satu perasaan.. jika salah kendali, bisa jadi penyakit..

tuhan tahu rasa hati kita.. tuhan dengar keluhan kita.. kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita.. di tangan dia ada kunci.. dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tak..



kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa allah mengatur segala-galanya.. mungkin dia mahu kita bertemu dengan orang lain, yang lebih baik untuk kita.. dan memberikan orang yang lebih baik untuk orang yang kita cintai..

rasa terikat, terlalu sayang,dan terlalu benci, akan membuat jiwa merana..

dalam hidup ini, tak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan.. apalagi bila melibatkan perasaan orang lain..

kadangkala tuhan turunkan petir dan kilat..kita tercari-cari di mana hilangnya matahari.. rupa-rupanya tuhan berikan kita pelangi..

terkadang, kita tak dapat apa yang kita impikan.. lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa.. sedangkan kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari yang kita harapkan..

sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki, sampai kita kehilangannya.. tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki, sampai kita mendapatkannya..



benarkah percintaan itu sesuatu yang indah? benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupon kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu?

dan benarlah kata orang bahawa cinta itu buta.. cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupon jalan itu amat sukar dan berliku.. cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya..

untuk amir zakri, saya sayangkan awak kerana diri awak.. terima kasih kerana telah membuat saya rasa bahagia selama tiga bulan bersama awak.. maafkan saya jika saya ada menyakitkan dan melukakan hati dan perasaan awak.. saya juga manusia biasa yang sering melakukan kesalahan di luar kesedaran saya.. saya cintakan awak.. :DD

written by

No comments:

Post a Comment