my buddies ! :)

Thursday, March 3, 2011

ibu yang satu..

Semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita. Tapi kita hanya membalasnya dengan menangis sepanjang malam..

3 tahun, ibu menyediakan dan menyuapkan kita dengan makanan yang penuh lazat dan berzat. Namun kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke lantai...

4 tahun, ibu membeli krayon untuk mengajar kita lukisan. Tapi kita membalasnya dengan menconteng dinding di rumah..

5 tahun, ibu membeli kita baju raya yang baru di Hari Raya. Namun kita mengotorkannya apabila kita jatuh ke dalam lopak..

7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah. Tapi kita mengatakan dan menjarit.."TAK NAK"..

10 tahun, ibu menghantar kita pergi menghadiri kelas tuisyen, bershopping, ke rumah kawan. Namun, kita tidak pernah toleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih...

11 tahun, ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Tapi kita membalasnya dengan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita...

12 tahun, ibu sentiasa menasihatkan kita agar jangan tengok tv selalu. Namun, kita tidak mengendahkanya lagi-lagi bila ibu tiada di rumah..

13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan "IBU NI TAKDE TASTELAH!!"

16 tahun, ibu inginkan dakapan daripada kita setelah penat dan baru balik daripada kerja. Namun kita membalasnya dengan mengunci diri kita di dalam bilik dan bersendirian...

17 tahun, ibu menangis kegembiraan apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi kita tidak pulang ke rumah sampai lewat malam kerana celebrate dengan kawan-kawan..

19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk kita masuk universiti dan mengangkat beg kita dengan penuh rasa kasih dan sayang. Namun,kita membalasnya dengan menyalam ibu di luar dorm kerana malu nampak dek kawan-kawan..

20 tahun, ibu bertanya sama ada kita mempunyai gf/bf?Tapi kita membalasnya dengan mengatakan.."KEPOHLAH IBU NI!"..

21 tahun, ibu bertanya apa cita-cita kita? Namun kita menjawabnya.."BUKAN MACAM IBU!!"..

23 tahun, ibu membelikan kita baju baru kerana kita mendapat kerja baru. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan kepada kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan..

25 tahun, kita berumahtangga dan ibu menangis kegembiraan dan berkata ibu sayang dan kasih kepada kamu. Namun,kita membalasnya dengan berpindah dan berjauhan dengan ibu sejauh 300km..

27 tahun, ibu menelefon kita dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan "ZAMAN SEKARANG LAINLAH BU!!"

40 tahun, ibu menelefon dan memberitahu ada kenduri di kampung. Namun kita membalasnya dengan mengatakan.."SAYA SIBUKLAH BU SEKARANG NI!!"...

50 tahun, ibu sakit dan memerlukan penjagaan dan kasih sayang kita.. Kita balik melawatnya dengan membawa buah epal dan merungut tentang kesibukan di tempat kerja..dan segera balik ke kota..

Satu hari, ibu meninggal dunia.. Sempatkah kita membalas jasa ibu? Berbaloikah jasa ibu ke atas kita? Sedangkan kita langsung tidak mebalas budinya..

Sayangilah ibu sebelum dia pergi meninggalkan kita. Meninggalkan dunia, meninggalkan kenangannya bersama kita. Sedangkan dia telah pergi menemui cinta suci... cinta hakiki.. cinta teragung..


written by

No comments:

Post a Comment