my buddies ! :)

Thursday, April 28, 2011

jom berubah !

heyy korg.. erm, ari nie aku tanak merapu psl bnde2 yg tade faedah.. aku juz nak share satu artikel nie dgn korg.. ahaa ! saje je ltak title "jom berubah" tuh .. ngee.. so, korg bce n pk2 kn laa.. ade btol'y jgk bnde nie.. huhu.. :))

first things !! :D

Ambil sebatang pen dan sehelai kertas kemudian tulis,

‘Apakah perkara yang aku buat sekarang membawa manfaat di masa depan?’

Baguslah kalau jawapannya ialah YA! Tapi sila semak balik, manfaat yang macam mana? Inilah maksud tajuk artikel ini, ‘Berfikir Sekarang’. Andainya anda seorang pelajar universiti, berfikirlah bermula dari sekarang apa perkara yang boleh memberi manfaat kepada anda selain belajar? Jika anda seorang pekerja, fikirkan apa perkara lain yang memberi manfaat kepada anda di masa depan selain kerja yang anda ada sekarang?

Kenapa berfikir sekarang? Kerana tindakan hari ini bukanlah untuk kejayaan hari ini, sebalik tindakan itu untuk diri anda 5, 10, 20 atau beberapa puluh tahun akan datang. Dan ia mungkin juga manfaat kepada anda di hari akhirat kelak. Jadi berfikirlah sekarang…

thinking berfikir

Sebagai contoh, Luqman Al Hakim seorang tokoh Islam yang terkenal dengan kealiman dan kebaikan sikap anak2nya. Menyedari hakikat ini, seorang bertanya:

“Wahai Luqman, bagaimanakah kamu mendidik anak2 kamu sehingga mereka menjadi begitu soleh?”

Luqman lalu menjawab: “Saya mendidik mereka sebelum mereka lahir lagi..”

Penanya: “Bagaimana mendidik mereka sebelum mereka lahir?”

Luqman: “Saya didik diri saya sendiri sebagaimana saya nak anak saya sedemikian!”



Begitulah lebih kurang pertuturan mereka. Lihat! Apa yang dilakukan oleh Luqman? Beliau sudah mula memikirkan tentang sifat2 anaknya sebelum beliau berkahwin lagi. Beliau mendidik diri sendiri, melakukan perkara yang memberi manfaat kepadanya di masa depan. Bagaimana pula dengan kita? Berfikir dan bertindaklah sekarang!

“All It Takes Is Action And Action Builds Confidence”

written by

No comments:

Post a Comment