my buddies ! :)

Thursday, September 29, 2011

Andai Awak Tahu !

andai awak tahu.. apabila saya jatuh cinta kat awak, tidak semestinya awak perlu punya segalanya tetapi awak adalah segalanya dihati saya..

andai awak tahu.. apabila saya mengalirkan air mata, itu bukan bermakna saya lemah tapi saya sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai awak..

andai awak tahu... apabila saya cepat marah, saya memang tidak mampu mengawal perasaan saya.. tapi percayalah itulah maknanya saya sangat mengambil berat dan menyayangi awak. lihat sahaja ketika kita baru bercinta, kita jarang bergaduh. tetapi percayalah semakin bertambah sayang saya pada awak, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku..

andai awak tahu... apabila saya banyak bercakap, saya tidak pernah bermaksud untuk membuat awak rimas, tapi saya mahu awak mengenali saya dengan lebih dekat..

andai awak tahu... jika saya berkata saya mahu awak berubah, itu bukan bermakna saya tidak mahu menerima awak seadanya. tetapi saya mahu menjadikan awak lebih baik, bukan untuk diri saya tetapi untuk masa depan awak..

andai awak tahu.. apabila saya cemburu dan tidak percayakan awak itu bukan bermakna saya tidak sayang..sebaliknyaa saya terlalu sayangkan awak dan masih menganggap awak seperti anak kecil yang perlukan perhatian. kadang-kadang saya terlalu risau sekiranya terlalu percaya, awak akan mengkhianati kepercayaan yang saya beri.. saya hanya mahukan yang terbaik untuk awak.

andai awak tahu.. apabila saya merajuk, jangan kata saya mengada-ngada. saya bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat saya rasa dihargai..

andai awak tahu.. apabila saya jarang mengatakan ' I love You,' itu tudak bermakna saya tidak mencintai tetapi saya mahu awak merasai sendiri cinta saya, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuh saya..

andai awak tahu.. apabila saya kata saya rindu pada awak, saya benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan awak akan sentiasa bermain di mata saya..

andai awak tahu.. apabila saya kata lelaki lain itu lebih baik daripada awak, jangan percaya kata-kata saya kerana saya hanya menguji awak. saya mahu melihat bagaimana awak sanggup menjadi yang terbaik di mata saya. walaupun sememangnya awaklah yang terbaik di hati saya.. selagi saya dengan awak, percayalah, walaupun saya masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimata saya, tetapi dihati saya, awak tetap yang terbaik..

andai awak tahu.. apabila saya menjadi degil, saya bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi saya mahu melihat sejauh mana awak mampu bersabar dengan kerenah saya.. percayalah hati saya sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau saya menukar fikirannya dalam masa sesaat..

andai awak tahu.. apabila saya berkata "tolong tinggalkan saya". saya tidak bermaksud menyuruh awak pergi selamanya. saya hanya mahu menenangkan fikiran saya sebentar saja. apabila saya kembali tenang, percayalah saya akan mencari awak semula. itu tandanya saya benar-benar menyintai awak.. saya memang sukar mengawal perasaan. saya terlalu emosional. tapi sayalah yang paling menyayangi awak dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri awak..

andai awak tahu... sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya kita saling memahami, kita akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air mata perempuan, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..

jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup awak kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong awak dan membuatkan hidup awak lebih sempurna. dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak awak..

written by

3 comments: